Assalamualaikum,
Apa khabar rakan-rakan trader semua? Semoga berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Sekian lama saya tidak kemaskini blog jutawansawit dan sukacita saya kongsikan prestasi FCPO 2013 bermula January 2013 hingga Oktober 2013. Pendedahan ini bukan bertujuan untuk menunjuk tetapi ingin memberi tahu bahawa FCPO trading boleh menjana pendapatan yang memuaskan jika kita berusaha dan menggunakan teknik/sistem yang betul. Tidak kira sistem apa yang kita gunakan, tetapi ia perlulah berakhir dengan keuntungan walaupun terdapat kerugian yang tidak dapat dielakkan.
Urusniaga FCPO ibarat kita menjalankan perniagaan sendiri. Adakala kita untung dan rugi. Tetapi kerugian yang kita alami adalah dalam kawalan dan kurang risiko. Sebagai "businessman" kita perlu tahu selok-belok urusniaga bagi meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.
Semoga apa yang saya sampaikan disini dapat membakar semangat rakan-rakan semua untuk maju dalam urusniaga FCPO.
Sekian
-SELAMAT MAJU JAYA-
** Sila rujuk http://cpotradejournal.blogspot.com/ untuk malumat entry terperinci,
No comments:
Post a Comment