Assalamualaikum wbt..
Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Kini tahun 2014 menjelang tiba.....
Sebagai seorang pedagang FCPO adakah matlamat kita untuk membuat keuntungan tahun 2013 telah tercapai? atau sebaliknya.
Jika anda telah berjaya membuat keuntungan saya ucapkan 'TAHNIAH'. Terus kekalkan keuntungan anda bagi tahun 2014. Pertingkatkan usaha anda bagi mencapai matlamat bagi tahun hadapan....
Bagaimana pula bagi anda yang mengalami kerugian dalam urusniaga?
Saya ucapkan "TAHNIAH" kerana anda seorang yang berani mengharungi gelombang dan badai dalam bidang ini. Jangan jadikan kerugian anda satu penghalang untuk terus mencari rezeki. "JANGAN BERPUTUS ASA" kerugian bukan titik noktah. Jadikan ia pembakar semangat untuk memahami, menimba dan memperhalusi selok belok urusniaga.
Apa yang perlu ANDA lakukan?
Perkara pokok yang mesti kita lakukan adalah menyemak kembali "jurnal urusniaga 2013".Kaji dan buat analisa dimana kesilapan dan kecuaian.
Adakah kita mematuhi sistem urusniaga yang dirancang atau sebaliknya?
Adakah kita membuat urusniaga berdasarkan emosi?
Adakah kita sekadar mengikut tip dari pedagang lain tanpa mengkaji?
Adakah kita melakukan "money management" yang betul?
Adakah sistem urusniaga yang kita lakukan bersesuaian dengan kemampuan kita?
dll.....
Setelah kesilapan dikenalpasti anda perlu perbaiki dan atasi secepat yang mungkin...
-Sekian-
"Selamat Maju Jaya"