Tuesday, November 2, 2010

SAYA TELAH KEMBALI......

Assalamualaikum para traders,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua traders kerana telah lama tidak mengemaskini blog jutawansawit. Untuk makluman saya telah mengalami demam denggi yang teruk dan ditahan di hospital untuk sekian lama. Walaupun telah pulih dan kembali daripada hospital, kesihatan saya masih tidak mengizinkan untuk online....

Alhamdulillah kini saya telah semakin sihat dan insyaallah akan aktif seperti biasa. Doakan semoga kesihatan saya semakin pulih......

Berkat dari pengalaman ini saya terfikir sejenak bahawa benarlah pepatah mengatakan......INGATLAH & HARGAILAH & BERSYUKURLAH & MANFAATKANLAH KE JALAN ALLAH......

1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Hidup sebelum mati
5. Muda sebelum tua

Sekian....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment