Salam para trader....
Hari ini seperti yang dijangka paras FCPO telah melebihi 2600. Saya telah mengambil profit hari ini dengan keuntungan 40 mata. Petang tadi saya telah ambil kembali LONG position kerana menjangkakan harga akan naik berikutan kenaikan harga minyak mentah & minyak soya pada malam ini. Apa2 pun boleh terjadi.....risiko penurunan tetap ada jika cuaca dikebanyakan kawasan Amerika kembali pulih dan permintaan yang kurang terhadap minyak soya. Para trader perlu berhati-hati pada reversal signal bagi mengelakkan kerugian.....
MORNING UPDATE - 06:40 18.02.2010
Pada pagi ini dijangkakan berlaku penurunan harga CPO pada sesi pembukaan. Harga NYMEX crude oil (77.35/bbl) & CBOT soy oil (3b.75) ditutup lebih rendah berbanding semalam. Para traders dinasihatkan berhati2 jika ada signal reversal. Jika berlaku penurunan mendadak cepat2 keluar dari pasaran setelah disahkan melalui T.A walaupun berlaku sedikit kerugian.
Diharap para traders mendapat keuntungan pada hari ini.
Happy Trading
TRADING RULE 1 - Jangan tamak
TRADING RULE 2 - Kuasai Rule 1
Note: The subject expressed above is based on fundamental analysis and opinions of the writer. It is not a solicitation to buy or sell.
No comments:
Post a Comment